Dari puasa, sampai hujung Syawal... masih ramai 'setia' tunggu baju raya, “Peniaga seronok buat FB Live di Vietnam”



SUDAH lebih dua minggu umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan 1 Syawal, tapi masih ramai yang mengunjungi rumah sanak-saudara dan sahabat-handai.

Namun dalam keriangan itu, ada pula yang masih berduka dek kerana tempahan baju raya yang sepatutnya dipakai pada Hari Raya pertama tak kunjung tiba.

“Ada yang kenal penipu ni? Bukan nak aibkan orang, tapi dah puas bersabar dengan dia ni. Saya cuba untuk bincang dan cakap lembut, tapi sampai sekarang tak balas WhatsApp dan call saya dan kawan-kawan lain.

“Jual baju raya RM70 termasuk postage (bayaran pos), dekat nak raya naikkan RM10 setiap baju jadi RM80 sepasang,” menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook sehingga menjadi tular.


Perkongsian seorang pelanggan yang mendakwa dirinya ditipu peniaga.

Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Iera mendakwa bahawa dia merupakan antara lebih 50 pelanggan yang menjadi mangsa penipuan peniaga terbabit.

Pelanggan wanita berusia 24 tahun itu berkata, dia mengenali peniaga tersebut menerusi promosi baju raya siap dipakai di laman sosial pada pertengahan April lalu.

“Saya buat tempahan dua baju kebaya yang ready made (siap dipakai) untuk dipakai pada Hari Raya pertama dan kedua.

“Dia minta saya buat bayaran awal sebab pesanan tempahan ditutup pada akhir April sebelum puasa. Katanya, ia bagi memudahkan dia untuk mengambil stok daripada pembekal di Vietnam mengikut tempahan pelanggan,” katanya kepada mStar.


Pengenalan untuk tempahan baju raya siap dipakai daripada peniaga terbabit.

‘Episod drama’ peniaga yang merupakan pasangan suami isteri itu bermula apabila mereka terpaksa menangguhkan kunjungan ke Vietnam dengan alasan ibu mereka tidak sihat dan perlu menjalani pembedahan.

Iera berkata, peniaga itu kemudian terbang ke Vietnam selepas lebih seminggu tertangguh untuk mengambil stok, sedikit-sebanyak menjejaskan jadual penghantaran kepada pelanggan.

Banyak kali call dan mesej tak jawab. Saya jenuh cari baju raya ganti sehari sebelum Hari Raya kat kampung di Gerik, Perak semata-mata nak sedondon dengan suami.
Tak cukup setakat itu, setibanya di Vietnam, peniaga kemudian mendakwa mereka kehabisan stok untuk sebahagian tempahan, menyebabkan pilihan rekaan bajunya dan segelintir pelanggan lain terpaksa ditukar pada saat akhir beberapa kali.

“Tapi apa yang peliknya mereka boleh buat FB live (penstriman video secara langsung). Kata dah habis stok, tapi peniaga seronok promosi baju raya semasa di Vietnam guna gambar-gambar lama.

“Dia minta kami buat bayaran tambahan RM10 setiap baju sebab mereka kena ambil stok daripada pembekal lain. Sepatutnya mereka kena pastikan stok ada, sebelum nak jual baju raya dan terima bayaran kami,” tambahnya.


Antara pilihan baju kebaya untuk ditempah pelanggan sempena Hari Raya.

Peniaga yang berpangkalan di Melaka itu memberi jaminan mengenai tempahan masing-masing akan diterima pelanggan menjelang minggu akhir Ramadan.

Bagaimanapun, janji tinggal janji apabila peniaga tersebut mendakwa terdapat masalah semasa penghantaran tanpa diberikan nombor tracking kepada pelanggan, sebelum kedua-duanya ‘menghilangkan diri’ menjelang Hari Raya.

“Banyak kali call dan mesej tak jawab. Saya jenuh cari baju raya ganti sehari sebelum Hari Raya kat kampung di Gerik, Perak semata-mata nak sedondon dengan suami.

“Saya ni bukanlah orang senang, tapi terpaksa jugalah beli sebab suami dah bising baju tak sampai-sampai. Dua baju saya yang asalnya RM140 naik jadi RM160, itu belum lagi harga baju raya yang diganti saat akhir,” ujarnya dengan nada kesal.


Rayuan pelanggan yang menuntut janji peniaga untuk memberikan tempahan sebelum Hari Raya.

Iera yang merupakan pengasuh sambilan bagaimanapun berkata, dia dihubungi peniaga terbabit selepas perkongsiannya tular di media sosial minggu ini, malah peniaga tersebut sanggup membuat bayaran balik pada hari yang sama.

Difahamkan sehingga kini lebih 30 pelanggan masih menunggu bayaran balik daripada peniaga yang berpengalaman selama lima tahun menjual baju secara dalam talian.

“Peniaga suami isteri itu kena faham perasaan kami yang tempah baju untuk pakai pada Hari Raya. Harap bayaran balik dapat diberikan sebelum habis Syawal.

“Bukan semua pelanggan orang senang. Ada pelanggan terpaksa pakai baju raya tahun lepas dan potong perbelanjaan lain sebab tunggu punya tunggu dah nak habis Syawal tak juga sampai baju raya. Tolonglah bertimbang rasa,” katanya.

3 Best Online MBAs in Malaysia

The Master of Business Administration is a degree program that can help students to improve and diversify their expertise. Many schools offer MBA programs both online or part-time, so students who are busy with careers and families can take comfortably further their education.

Students who have a bachelor's degree may be eligible to enter the MBA program. A master in business can lead to various employment opportunities in the business world after graduation.



Online MBA in Malaysia

Online MBA

EDINBURGH BUSINESS SCHOOL

Edinburgh Business School is a graduate of the Heriot-Watt University business school.

Edinburgh Business School, Heriot-Watt University, has helped professionals work as business leaders for more than 25 years, offering high quality and accessible postgraduate programs in business. Our popular online MBA, Masters, DBA and PhD programs have accelerated the careers of more than 20,000 graduates, with many experiencing an increase in their salaries, promotions in their companies and others starting their businesses.

The online MBA program allows you to get a prestigious English Master's degree that provides unparalleled flexibility, with the same academic rigour and intellectual challenges that the MBA program offers on campus.

Masters in Business Administration

GLOBALNXT UNIVERSITY

Prepare for a new generation of global leaders. The MBA Program is designed for individuals who want to strengthen their knowledge and develop their competencies in various essential business fields. An MBA is excellent preparation for leadership and senior management roles. Our MBA students usually work professionals with at least ten years of professional experience, and a significant proportion is at the management level.

Learning outcomes

After completing this program, students must be able to: - conduct business analysis penetrating and making the right business decisions. -Check out complex business problems from multiple perspectives-Lead and motivate others-effectively manage business, processes, jobs, and people-collaborate effectively as part of a global, multi-cultural team-develop strategic and tactical recommendations that lead to business outcomes that success-now, argue and persuade through clear communication.

Masters in Business Administration (MBA)

LAKSHVEER FOREIGN SOLUTIONS

The Master of Business Administration (MBA) is a postgraduate degree given to students who have mastered business studies. The University of Malaysia offers a popular program, the Master of Business Administration (MBA) in Malaysia, branch campuses of foreign universities (such as the University of Nottingham, Monash), and other leading international universities partnering with Malaysian Institutions.

The MBA program in Malaysia has a clear international focus, preparing students for success in today's economic globalization. With a choice of part-time and full-time studies, Universities in Malaysia offer the opportunity to get an MBA in Malaysia at the speed that is right for you. Start an MBA search in Malaysia soon!